Hanez nak Liyana buat permohonan maaf secara terbuka.




Geram la pula lepas baca tentang PC Hanez Suraya di Hotel One World petang smlm. Pelakon ini telah meminta isteri kepada Mr. R iaitu Liyana Manan memohon maaf kepadanya secara terbuka kerana  memfitnah dirinya sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.
hanez suraya liyana manan

Selain Hanez, suami Liyana Manan iaitu Romie Razin Adilha yang sebelum ini dikenali sebagai Mr. R turut hadir ke sidang media ini bersama peguam masing-masing. Kata Hanez:-
Kenyataan dia (Liyana) di media agak melampau kerana saya dan Mr.R baru saja berkenalan 3 bulan lalu. Sedangkan dia memfailkan cerai di mahkamah pada 8 Oktober tahun lalu. Dia yang memulakan isu ini dan dia dah libatkan satu Malaysia. Semua orang dah kenal saya dan terpaksa menanggung malu. Keluarga saya juga turut menanggung malu. Jadi saya mahu dia meminta maaf secara terbuka.
Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.
Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dia tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya.
hanez suraya liyana manan

Walaupun cita ni da basi kot, sbb smlm lg da kuar kan, dan saya pula bz la sesangat, x dpt nk share dgn kengkawan tp cita ni memang panas, ntah lepas ni mcm mana la duta kepada Aura White ni nk cari mkn? Smua da bengang dgn dia.



 Kredit info beautifulnara .com   Mstar Online dan MalaysianDigest.

Comments

Popular Posts